Amerika SyarikatDuniaUtama

Kopi Starbucks patut ada amaran kanser, kata hakim

90 peruncit disaman mengikut undang-undang California

CALIFORNIA, 12 Rejab 1439H, Jumaat – Starbucks Corp dan penjual yang lain mesti meletakkan tanda amaran kanser pada kopi yang dijual di California, kata Hakim Los Angeles – kemungkinan mendedahkan syarikat itu kepada denda berjuta-juta dolar.

Sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan sebelum ini menyaman 90 peruncit kopi, termasuk Starbucks, berasaskan kepada pihak pengeluar melanggar undang-undang California yang memerlukan syarikat untuk memberi amaran kepada pengguna mengenai bahan kimia di dalam produk keluaran mereka yang berkemungkinan boleh menyebabkan kanser.

Salah satu bahan kimia – acrylamide, salah satu hasil sampingan biji kopi panggang, terkandung dalam kopi dibancuh pada tahap yang tinggi.

Hakim Mahkamah Agung Los Angeles, Elihu Berle dalam keputusannya semalam berkata, Starbucks dan lain-lain syarikat gagal menunjukkan ‘tiada risiko yang ketara daripada bahan yang mampu menyebabkan kanser dalam tisu’ dalam proses penghasilan kopi panggang itu.

Starbucks dan tertuduh lain diberi tempoh sehingga 10 April ini untuk mengemukakan bantahan.

Dalam keputusannya, Berle berkata, tertuduh gagal memenuhi tanggungjawab mereka membuktikan dengan mengemukakan bukti yang lebih banyak bahawa penggunaan kopi memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Starbucks; Dunkin’ Donuts; McDonald’s Corp;, Peet’s dan penjual kopi lain enggan mengulas.

Saman itu difailkan pada 2010 oleh Majlis Pendidikan dan Penelitian Mengenai Racun (CERT). Pertubuhan itu mendesak denda sehingga AS$2,500 dikenakan kepada syarikat terbabit bagi tiap seorang yang terdedah kepada bahan kimia itu sejak 2002 di premis perniagaan tertuduh di California.

Starbucks sebelum ini kalah pada perbicaraan pertama di mana ia gagal menunjukkan tahap acrylamide di dalam kopi adalah di bawah risiko boleh menyebabkan kanser. Syarikat itu juga kalah pada perbicaraan kali kedua. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close