Berita UtamaUtama

PH umum logo untuk PRU14 minggu depan

Logo pilihan sudah dimuktamad namun masih ada beberapa keputusan perlu dibuat sebelum pengumuman

KUALA LUMPUR, 9 Rejab 1439H, Selasa – Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan logo parti yang bakal digunakan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 pada minggu hadapan.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, logo berkenaan akan dipilih daripada mana-mana empat parti komponennya, iaitu
sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Parti Amanah Negara (PAN).

Katanya, PH sudah memuktamadkan logo pilihan namun masih ada beberapa lagi keputusan perlu dibuat sebelum diumumkan.

“Kita dah muktamadkan tetapi ada sedikit saja lagi keputusan yang diperlukan dan kita akan putuskan dalam masa tidak lebih daripada seminggu. Tunggulah, seminggu sahaja lagi,” katanya ketika di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PH tetap akan menggunakan satu logo atau simbol pada PRU14 meskipun Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum memberi maklum balas permohonan gabungan berkenaan untuk didaftarkan secara rasmi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close