Berita UtamaUtama

Hina Islam: Rayuan semakan hukuman penjara Ahok ditolak

Hakim tolak semua rayuan dikemukakan pasukan peguam Ahok

JAKARTA, 9 Rejab 1439H, Selasa – Mahkamah Agung Indonesia menolak rayuan bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok untuk menyemak semula hukuman penjara dua tahun yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan menghina Islam.

Jurucakap mahkamah, Suhadi berkata, semua rayuan yang dikemukakan pasukan peguam Ahok ditolak oleh hakim.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan alasan mahkamah menolak rayuan berkenaan.

Pada Mei tahun lalu, mahkamah mendapati Ahok bersalah atas tuduhan menghina Islam dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atasnya.

Panel lima hakim telah mengarahkan Ahok ditahan serta-merta.

Hukuman maksimum menghina agama di Indonesia ialah penjara lima tahun.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close