Berita UtamaUtama

SPRM tahan Pengarah Veterinar rasuah tak bayar sewa rumah

Pengarah syarikat terima lesen perladangan unggas turut ditangkap

KUALA LUMPUR, 8 Rejab 1439H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar kerana disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah berusia 44 tahun itu dikatakan telah meluluskan lesen ‘Perladangan Unggas dan Aktiviti Lain’ atas nama dua syarikat haiwan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Menurut sumber, turut ditahan bagi membantu siasatan adalah salah seorang pemilik syarikat tersebut yang berusia 39 tahun.

“Kedua-dua mereka telah ditahan di SPRM Perlis ketika dipanggil bagi membantu siasatan kira-kira jam 1 tengah hari tadi,” katanya.

Menurut sumber, pengarah berkenaan didakwa menerima rasuah dengan cara menetap di rumah sewa milik pemilik syarikat itu tanpa membayar duit sewa sejak November 2016 hingga November 2017 yang dianggarkan sebanyak RM9,600.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud dalam kenyataan mengesahkan tangkapan itu dan berkata kedua-duanya akan direman esok bagi membantu siasatan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close