DuniaTimur TengahUtama

16 kanak-kanak jadi mangsa serangan jet Russia di Idlib

Pusat perlindungan bawah tanah dibom selepas sekolah diserang

IDLIB, 4 Rejab 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 20 orang, termasuk 16 kanak-kanak terbunuh dalam serangan jet tentera Russia di barat laut wilayah Idlib, semalam, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

Sekolah di perkampungan Kafr Batikh dibedil tentera yang setia kepada rejim Bashar Al-Assad pagi semalam. Kanak-kanak, kemudian dipindahkan ke pusat perlindungan bawah tanah, tetapi beberapa minit kemudian ia dibom jet tentera Russia.

Anggota pasukan White Helmet kemudian menyelamatkan kanak-kanak di bawah runtuhan itu, tetapi majoritinya telah meninggal dunia, kebanyakan berusia antara dua tahun dan 11 tahun. Kira-kira 15 orang yang terbunuh itu adalah daripada satu keluarga.

Kejadian itu adalah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim Syria dan sekutunya Russia minggu ini, selepas 22 orang terbunuh di sebuah kem pelarian di Hass, selatan Idlib, selepas mereka diserang.

Pengeboman juga dilakukan di kawasan padat penduduk di Idlib, termasuk di utara Hama sejak minggu lalu, memusnahkan banyak bangunan dan mencederakan orang awam.

Rejim Bashar dilaporkan terus memperhebatkan pengeboman di wilayah yang dikuasai kumpulan pejuang sejak kebelakangan ini, walaupun wilayah itu diisytiharkan kawasan tiada pertelagahan sebagaimana Perjanjian Astana antara Russia, Iran dan Turki.

Terdapat kira-kira tiga juta pelarian dari kawasan lain di Syria dipercayai berlindung di Idlib.

Tentera Russia juga dilaporkan mengebom beberapa hospital di utara wilayah itu, selepas mengintip pergerakan ambulans yang membawa mangsa yang cedera dalam serangan di kawasan lain. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close