Berita UtamaUtama

Watsons IOI City Mall, Putrajaya terbakar

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan

PUTRAJAYA, 2 Rejab 1439H, Selasa – Kedai kecantikan dan kesihatan, Watsons di IOI City Mall, Putrajaya dilaporkan mengalami kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily berkata, kebakaran itu dipercayai berlaku di tingkat bawah pusat beli-belah berkenaan.

Dilaporkan bahawa api itu merebak dalam masa yang singkat namun, tiada yang cedera dalam kejadian itu.

Jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mereka menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pagi tadi dan segera menghantar beberapa anggota bomba ke tempat kejadian.

“Memandangkan kebakaran berlaku di pusat beli-belah, pihak bomba terpaksa bertindak dengan cepat dan melakukan pemindahan secepat mungkin.

“Kira-kira 300 orang termasuk pembeli dan pekerja diarah keluar dari tempat tersebut,” kata jurucakap itu.

Siasatan awal mendedahkan bahawa litar pintas daripada lampu hiasan LED di kaunter adalah punca kebakaran.

Berikutan kejadian tersebut, IOI City Mall telah mengeluarkan kenyataan di Facebook.

“Satu kebakaran kecil telah berlaku kira-kira jam 10.30 pagi di tingkat bawah bangunan. Pengunjung pusat beli-belah itu dipindahkan segera mengikut prosedur keselamatan. Tiada kecederaan yang berlaku. Semua operasi diteruskan dalam masa sejam,” kata kenyataan itu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close