Berita UtamaUtama

Bantuan beli kereta pertama bakal jerat generasi muda

Thailand pernah laksana skim sama, 100,000 orang terjebak hutang

BANGI, 2 Rejab 1439H, Selasa – Tawaran Gagasan Sejahtera dalam memberikan bantuan pembelian kereta pertama di bawah 1300 kuasa kuda (1.3 liter), bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilihat menarik, namun berkemungkinan besar bakal menjerat belia ke dalam kancah hutang.

Mengulas perkara itu, sebuah laman berita automotif Malaysia berkata, dengan melihat situasi di Thailand yang pernah menawarkan perkara yang sama, kira-kira 100,000 orang terjejas kerana kegagalan pelaksanan skim pembelian kereta kali pertama.

“Pasaran Thailand sebagai contoh, memulakan skim pembeli kereta kali pertama pada September 2011. Kerajaan Thailand memberi pulangan cukai 100,000 baht kepada pembeli pertama yang memilih kenderaan buatan tempatan pada harga di bawah satu juta baht, dan enjin tidak lebih daripada 1.5 liter.

“Namun, ia merudum teruk selepas skim untuk pembeli kali pertama ini tamat pada Disember 2012.

“Telah dilaporkan bahawa niat baik kerajaan Thailand ketika itu menelan cukai pendapatan sebanyak AS $2.5 bilion (RM9.79 bilion), menurut anggaran Bank Dunia.

“Ia juga mengakibatkan lebih 100,000 pelanggan yang masih berhutang bergelut dengan pinjaman yang diberikan kerana mereka tidak mampu untuk membeli kenderaan baru di bawah keadaan normal.

“Di peringkat cadangan, sememangnya kereta murah bertujuan membantu golongan muda, tetapi di Thailand, ia meninggalkan banyak anak muda yang terperangkap dalam hutang. Keadaan ini mungkin akan menjadi sama atau lebih teruk sekiranya skim yang sama diperkenalkan di sini,” kata laman berita itu.

Dalam pada itu, ia berkata, sudah tentu rakyat tidak mahu menambahkan hutang (hutang isi rumah adalah berjumlah RM1.03 trilion atau 89.1 peratus daripada GDP dan semakin bertambah).

Justeru, memberikan ‘alasan’ kepada mereka yang baru sahaja keluar daripada universiti untuk membeli kenderaan baru mungkin akan memberi kesan buruk kepada keadaan kewangan mereka.

“Dengan wang simpanan berkurang sebanyak RM1,000 setiap bulan, mereka juga akan semakin sukar untuk memiliki rumah yang harganya juga semakin mahal dan tidak masuk akal.

“Juga, harga kenderaan yang lebih rendah juga tidak bermakna orang muda akan mempunyai duit lebih.

“Besar kemungkinan ramai yang akan mengambil kesempatan untuk menggunakan bajet yang ada untuk kenderaan yang lebih besar dan mahal (contohnya, daripada memilih Myvi, mereka akan pergi kepada Jazz). Jadi persoalannya, adakah skim pembeli kali pertama ini akan membawa manfaat kepada pasaran yang disasarkan?,” soalnya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close