Berita UtamaDuniaUtama

30 maut serangan terbaharu rejim Assad di Ghouta Timur

Pembangkang Syria kata PBB gagal halang keganasan, jenayah

RIYADH, 30 Jamadilakhir 1439H, Ahad -Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam serangan udara terbaharu rejim Syria di daerah Ghouta, tatkala ribuan owang awam cuba melarikan diri dari di wilayah terkepung itu, semalam.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, sekurang-kurangnya 10,000 orang melarikan diri dari pinggir bandar Damsyik semalam, ketika serangan udara dilancarkan.

Kelmarin, 46 orang awam, termasuk enam kanak-kanak, terbunuh di daerah Kafr Batna, ketika kira-kira 13,000 orang awam melarikan diri dari kawasan timur Damsyik.

Sementara itu, pembangkang utama rejim Syria menyifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal untuk menghalang keganasan di negara yang dilancarkan perang, termasuk wilayah pemberontak di Ghouta Timur.

“Kami menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Majlis Keselamatan dan masyarakat antarabangsa yang sepatutnya bertanggungjawab secara langsung tetapi hanya berdiam diri dalam isu jenayah ini dan gagal mengambil tindakan untuk mencegah jenayah ini.

“Tetapi pada masa sama janganlah kita lupa bahawa parti yang bertanggungjawab secara langsung terhadap jenayah perang ini adalah rejim Syria dan negara-negara yang terus memberi sokongan terhadapnya,” kata Presiden Suruhanjaya Rundingan Syria (SNC), Nasr Al-Hariri, kepada pemberita di Riyadh.

Tentera rejim Syria yang disokong Rusia telah melancarkan serangan di Ghouta Timur yang telah merampas semula 70 peratus kawasan di Damsyik sejak 18 Februari.

Serangan itu telah membunuh kira-kira 1,400 orang awam dan menyebabkan penghijrahan lebih daripada 40,000 orang awam ke kawasan sekitar lebih kurang 48 jam lalu.

Lebih daripada 350,000 orang telah terbunuh dan berjuta-juta telah dipindahkan sejak peperangan Syria berlaku pada tahun 2011 dengan penindasan kejam anti-kerajaan – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close