Berita UtamaUtama

SPRM tangkap 7 penguat kuasa MPK ambil rasuah RM1,000

Majlis Perbandaran Klang buat siasatan dalaman, ambil tindakan

SHAH ALAM, 27 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Tujuh anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, kerana dipercayai meminta dan menerima suapan berjumlah RM1,000 daripada seorang pengusaha kafe siber tanpa lesen di Klang.

Menurut sumber SPRM, semua lelaki terbabit yang berusia 31 hingga 42 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Klang pada 1.45 tengah hari semalam.

Sumber itu berkata, seorang daripada suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas dirakam percakapanya hari ini.

Menurut sumber itu, pada 21 Oktober tahun lalu, anggota penguat kuasa MPK membuat pemeriksaan lesen terhadap kafe siber terbabit dan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan.

“Bagaimanapun, penguat kuasa MPK terbabit telah meminta dan mengambil wang sebanyak RM1,000 daripada pengusaha kafe siber itu supaya tiada sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadap premis tersebut,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, pihaknya kini dalam proses merakam percakapan semua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, semua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Klang pagi in i untuk proses permohonan perintah reman.

Sementara itu, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung siasatan terhadap tujuh anggota penguat kuasanya itu.

Beliau berkata, MPK juga akan menjalankan siasatan terperinci dalaman bagi mengenal pasti sekiranya masih terdapat anggota penguat kuasanya yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Kes itu merupakan tindakan penguat kuasa itu sendiri. Sudah pasti kita juga akan menyiasat perkara ini dan MPK bersedia bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras kegiatan tidak bermoral ini,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close