Berita UtamaUtama

Isu liberal, LGBT ‘panaskan’ forum Persepsi

Aktivis feminis dakwa liberal, LGBT bukan musuh negara

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, 27 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Forum Persepsi anjuran Institut Kepimpinan Zaaba (ZIL) dengan perbincangan ‘undi rosak atau undi wibawa’ malam tadi, bertukar ‘panas’ apabila isu berkaitan liberal serta Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) hangat diperdebatkan.

Perbincangan pada awalnya tenang, bertukar ‘panas’ apabila Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Hazwan Mohamad membidas kenyataan aktivis Projek Dialog, Maryam Lee.

Maryam dalam sesi forum berkenaan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap pihak tertentu – dipercayai merujuk Isma – berhubung serangan yang dilakukan terhadap golongan liberal dan LGBT sewaktu sambutan Hari Wanita Sedunia di ibu negara, Sabtu lalu.

Maryam mendakwa, serangan terhadap LGBT dan liberal sebagai satu bentuk kekerasan dengan propaganda untuk menakutkan masyarakat bahawa golongan berkenaan adalah musuh negara.

“Musuh utama negara bukan LGBT dan golongan liberal. Musuh utama negara adalah rasuah. Itu lebih utama. Ketika mana bertahun-tahun propaganda seperti ini diserapkan dalam minda.

“Apa jenis kekerasan, keganasan terhadap golongan ini. Mereka adalah rakyat Malaysia dan tak patut dilayan sebegitu,” katanya.

Dakwaan Maryam itu bagaimanapun dibidas dan dipertikai oleh Hazwan, sekali gus menyifatkan bahawa Isma tidak sepatutnya menjadi pihak sasaran dalam menyerang golongan berkenaan.

“Setakat hari ini, Isma yang paling dipandang oleh geng-geng liberal ini. Walaupun kita keluarkan satu kenyataan saja, seperti kenyataan Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar sebelum ini mengenai liberalisme.

“Namun, mahkamah Malaysiakini, Free Malaysia Today (FMT) dan media alternatif lain sebut satu saja, bahawa Isma menghentam golongan ini,” katanya.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, fatwa negeri-negeri, mufti dan masyarakat di negara ini juga tidak pro-liberalisme atau perjuangan LGBT.

“Legitimate concernkah kalau majoriti masyarakat Malaysia tidak menerima LGBT? Legitimate concernkah kalau saya kata saya terancam dengan LGBT?

“Jika benar ada ancaman secara fizikal daripada Isma, saya juga tidak sokong. Tetapi kami meletakkan isu LGBT sebagai aganda yang perlu dididik kepada masyarakat. Ini bukan satu ancaman,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close