TULAR

Video: Lalai atau sebab kon?

Macam-macam komen diberikan terhadap kemalangan yang sempat dirakamkan seorang pengguna jalan raya.

Bila dan tempat kejadian tidak diketahui, tetapi difahamkan ianya kemungkinan berlaku di lebuh raya di dalam bandar, membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terlanggar belakang lori penyelenggara jalan.

Antara komen yang diberikan kemungkinan pemandu MPV ini sedang menggunakan telefon bimbit.

Namun, sesetengahnya pula menyalahkan pihak yang melakukan kerja penyelenggaraan jalan itu kerana meletak kon terlalu hampir dengan mereka.

Kon keselamatan adalah suatu alat keselamatan yang digunakan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya yang lain, bahawa terdapat kenderaan lain yang sedang diletakkan berhampiran kon itu.

Mengikut arahan teknik jalan yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR), tanda amaran mesti diletakkan pada jarak yang cukup untuk memberi peluang kepada kenderaan lain bertindak.

Bagi kebanyakan operasi, jaraknya adalah seperti berikut:

a) 2 kilometer hingga 1 kilometer di lebuh raya;

b) 500 meter bagi jalan luar bandar atau lebuh raya yang keadaannya terbuka; dan

c) Sekurang-kurangnya 100 meter bagi jalan raya di bandar

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close