Berita UtamaIstimewa

Padang Serai ‘hint’ rakyat tolak pelacuran politik

Tak mustahil PH hilang kuasa di negerinya PRN tahun depan

BANGI, 13 Jamadilawal 1444H, Khamis – Kemenangan Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti selesa 16,260 undi di Parlimen Padang Serai semalam, antara petanda jelas rakyat tidak dapat menerima pelacuran politik.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yakin keputusan itu juga mesej awal pengundi sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) di lima negeri tahun depan.

Tidak mustahil Pakatan Harapan (PH) akan kehilangan negeri-negeri di bawah penguasaannya kepada PN, katanya.

“PH kena terima kekalahan di Padang Serai. Rakyat memilih, ambillah pengajaran, tidak timbul soal sentimen agama dan perkauman yang dimainkan.

“Lagipun PH telah menukar strategi saat akhir, memilih calon Melayu Islam, walaupun sepatutnya calon yang diketengahkan sebelum ini yang memenangi kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ridhuan Tee, pilihan pengundi di Padang Serai sudah terlalu jelas menolak PH dan kerajaan campuran antara parti itu dengan Barisan Nasional (BN).

“Jika benarlah seperti yang didakwa oleh calon kalah, PN ‘racuni’ undi 18, sekurang-kurangnya jarak undi tidaklah terlalu besar sebab PH memenangi kawasan ini sejak 2008.

“Dalam kata lain ini kawasan kuat PH. Apatah lagi BN menarik diri setelah BN-PH berkahwin, menerajui kerajaan pusat,” katanya.

Terdahulu, PN merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada PH selepas calonnya, Datuk Azman Nasrudin menang dengan majoriti 16,260 undi mengalahkan saingan terdekat, Dr Mohamad Sofee Razak.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button