Berita Utama

Siasatan rasuah dua ahli perniagaan hampir siap

Terima suapan jutaan ringgit untuk tutup projek terowong dasar laut

KUCHING, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Siasatan melibatkan dua ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ yang disyaki terlibat rasuah bernilai RM22 juta sudah hampir selesai.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, beliau memberi jaminan bahawa siasatan kes dua individu berkenaan selesai dalam tempoh dua minggu lagi.

“Saya belum lagi menyemak dengan pegawai penyiasat. Tetapi, siasatan dijangka siap dalam tempoh terdekat iaitu sekitar dua minggu sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dua individu berkenaan didakwa menerima rasuah sebanyak RM22 juta bagi mempengaruhi penutupan projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion itu.

Sebelum ini, individu bergelar ‘Datuk Seri’ ditahan pada akhir Februari lalu, kerana disyaki menerima rasuah RM19 juta.

Susulan penahanan individu terbabit, seorang lagi ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ ditangkap dan direman atas kesalahan sama membabitkan kes rasuah RM3 juta.

Kes kedua-dua individu terbabit disiasat secara berasingan dengan projek mega di Pulau Pinang mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana terlibat rasuah.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close