Berita UtamaUtama

Siasatan bocor data peribadi belum siap

Lowyat.net sebelum ini mendedahkan berlaku kebocoran data peribadi melibatkan 46.2 juta pengguna telefon mudah alih milik rakyat Malaysia

BANGI, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, siasatan mengenai kebocoran data peribadi melibatkan 46.2 juta pengguna telefon mudah alih di negara ini masih dilakukan.

Katanya, polis dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi sudah memanggil semua saksi yang dikenal pasti bagi memberi keterangan.

“Setelah lengkap nanti, hasil siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, bagi menjawab soalan ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching berkenaan tindakan terhadap pihak yang terlibat.

Sebelum ini, laporan Lowyat.net mendakwa, mereka mendapat maklumat terdapat pihak yang sedang menjual pengkalan data maklumat peribadi milik rakyat Malaysia.

Lowyat.net juga mengesahkan 46.2 juta nombor telefon bimbit daripada pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan dibocorkan dalam talian.

Dalam laporannya mendakwa, pada peringkat awal, mereka sangat ragu-ragu dan menganggap cubaan menjual data peribadi itu sebagai penipuan.

Bagaimanapun setelah disiasat mendapati ia mungkin kebocoran data paling besar dalam sejarah Malaysia.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close