Berita UtamaUtama

Rekod bersih rasuah bukti PAS layak tadbir kerajaan

28 tahun perintah Kelantan, tiada pemimpin PAS terpalit tuduhan rasuah

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Rekod PAS yang bersih dan bebas daripada sebarang kes rasuah membuktikan parti itu layak dan bersedia memimpin kerajaan Persekutuan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan berhubung jumlah kertas siasatan rasuah kelmarin, adalah satu pengiktirafan kepada parti itu.

Berdasarkan jumlah kertas siasatan yang dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula 2013 sehingga tahun lalu, Nasrudin berkata, belum ada pemimpin PAS yang disiasat atas tuduhan rasuah sepanjang tempoh itu.

Malah jelas beliau, sepanjang tempoh 28 tahun kerajaan PAS mentadbir negeri Kelantan, tiada seorang pemimpin parti berkenaan disabitkan dengan salah laku itu.

“Demikianlah keistimewaan yang ada pada PAS kerana mumpunyai sumber manusia yang memiliki nilai kehambahan dan kepatuhan kepada Allah (ubudiyyah), kebertanggungjawaban terhadap agama dan tugasan (mas’uliyyah) serta kesungguhan dan kecekapan (itqan) yang tinggi.

“Sumber manusia yang memiliki tiga nilai inilah adalah syarat utama bagi melahirkan tadbir urus yang baik bagi sesebuah kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin berkata, malang sekali apabila sektor awam terus merekodkan kes rasuah dan salah guna kuasa, terutama melibatkan pengurusan tertinggi denga peningkatan jumlah tangkapan sebanyak 71 peratus, tahun lalu.

Katanya, keadaan itu dilihat sama ada Barisan Nasional (BN) gagal memberikan jawatan kepada individu yang betul, atau pun sistem kerajaan berkenaan telah merosakkan manusia yang sejak awalnya betul.

“Pakatan Harapan (PH) pula yang kononnya menjulang prinsip cekap, akauntabiliti dan telus juga tidak bebas daripada dikaitkan dengan kes rasuah.

“Berdasarkan rekod ini, sukar sekali PH akan bebas rasuah sekiranya diberikan mandat pemerintahan nanti. Oleh itu, dalam masalah ini, boleh dikatakan BN dan PH serupa walau tidak sama,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close