Berita UtamaDunia

Palestin boikot mesyuarat di White House

Mahmoud enggan AS jadi 'orang tengah' selesai konflik Palestin-Israel

TEBING BARAT, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Pihak Berkuasa Palestin (PA) enggan mengambil bahagian dalam pertemuan yang dipengerusikan White House berhubung situasi dan kemelut di Semenanjung Gaza.

PA mengambil pendirian memboikot mesyuarat berkenaan, susulan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, pada Disember lalu.

Keputusan Trump itu mendorong Presiden PA, Mahmoud Abbas secara rasmi mengisytiharkan bahawa rakyat Palestin tidak menerima AS sebagai ‘orang tengah’ dalam menyelesaikan konflik Palestin-Israel, ekoran sikap berat sebelah Washington ke arah Tel Aviv.

Sejak itu, Abbas telah beralih kepada Kesatuan Eropah (EU), Kesatuan Afrika, Russia, China dan Liga Arab untuk menyertai usaha menyelesaikan konflik berkenaan.

Mesyuarat yang diadakan White House itu turut disertai Israel, dan beberapa negara Arab lain termasuklah Arab Saudi, Mesir, Bahrain, Oman, Jordan, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mesyuarat pertama seumpama itu juga disertai Kanada dan beberapa lagi negara Eropah lain.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close