Berita Utama

Usah tertipu skim janji tawaran kerja di luar negara

Permohonan visa perlu selaras dengan tujuan perjalanan ke luar negara

BANGI, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Rakyat Malaysia yang ingin merancang perjalanan ke luar negara diingatkan untuk membuat permohonan visa yang bersesuaian selaras dengan tujuan.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, bagi rakyat Malaysia yang bercadang untuk bekerja di luar negara perlu melalui saluran dan prosedur yang ditetapkan negara berkenaan.

Menurut kementerian itu, ia termasuklah mendapatkan visa bekerja terlebih dahulu sebelum mengadakan perjalanan ke sesebuah negara asing.


“Kementerian Luar Negeri ingin menasihatkan warganegara Malaysia agar tidak tertipu dengan skim-skim tertentu yang menjanjikan tawaran pekerjaan di luar negara sekiranya visa atau permit bekerja yang sah tidak diperoleh terlebih dahulu,” kata kementerian itu.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dikemukakan terus kepada Perwakilan Malaysia di negara berkenaan menerusi laman web Kementerian Luar Negeri, www.kln.gov.my.

Kenyataan itu susulan artikel yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris, The Star pada 13 Mac lalu, berhubung 5,000 rakyat Malaysia bekerja dan hidup secara haram di Korea Selatan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close