Berita UtamaUncategorizedUtama

Media arus perdana bebas cengkaman politik jika PH menang PRU14

TV3, Utusan Malaysia, BH, NST tidak lagi disekat kebebasan bersuara

BANGI, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan media arus perdana akan dibebaskan daripada parti politik, sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Strait Times (NST), dan media lain akan dibebaskan daripada cengkaman mana-mana parti politik.

“Tiada lagi undang-undang menyekat kebebasan bersuara. Ini antara tindakan yang akan diambil oleh Pakatan Harapan,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insight, hari ini.

Bukan itu sahaja Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga berkata, Pakatan Harapan akan memastikan tiada lagi undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara di Malaysia.

Katanya, yang pasti semua itu akan dilaksanakan selepas berjaya memipin negara.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Timbalan Predana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan satu surat amaran tegas kepada mesin cetak.

Antaranya dua surat amaran, 14 surat teguran, 44 surat nasihat dan empat surat tunjuk sebab dikeluarkan  kepada media dan pencetak pada tahun lepas.

Zahid juga berkata, kerajaan akan menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 agar ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close