Berita UtamaDunia

Konflik Timur Ghouta belum berakhir

150 orang awam perlu rawatan segera selamat dipindahkan

DAMSYIK, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Sekurang-kurangnya 150 orang awam yang memerlukan rawatan dan perubatan segera telah dipindahkan dari kubu kuat penentang rejim kerajaan Syria di Timur Ghouta.

Menurut Al Jazeera, kesemua mangsa terbabit telah selamat dipindahkan semalam, menerusi perjanjian antara kumpulan pembangkang terbesar di Timur Ghouta, Jaish al-Islam dan sekutu utama rejim Syria, Russia.

Pemantau bagi Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, mangsa yang dipindahkan, ditempatkan di bawah kawalan kerajaan di pinggir bandar Damascus.

Timur Ghouta yang mempunyai lebih 400,000 penduduk, kini menjadi perhatian antarabangsa sejak beberapa minggu lalu, berikutan kempen ketenteraan rejim Bashar al-Assad untuk merampas semula kawalan pembangkang negara itu.

Sejak 18 Februari lalu, sekurang-kurang 1,196 orang awam terbunuh dalam serangan udara dan darat yang didalangi rejim Bashar serta sekutunya, Russia.

SOHR berkata, angka berkenaan termasuklah 245 kanak-kanak dan 164 adalah wanita. Serangan itu juga menyebabkan 4,600 orang lagi cedera.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close