Berita Utama

Kanak-kanak dua tahun maut tertinggal dalam kereta

Ibu hanya sedar selepas 4 empat jam anak terkurung tidak bernafas

BANGI, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas ditinggalkan ibunya di dalam kereta selama empat jam, di hadapan Kolej Vokasional Port Dickson, pagi tadi.

Siasatan awal mendapati, ibu mangsa berusia 32 tahun itu meletakkan keretanya jenis Proton Saga di lokasi berkenaan, tanpa menyedari anaknya masih berada di dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, kejadian berlaku jam 9 pagi, ketika mangsa yang merupakan tenaga pengajar di kolej itu membawa bayinya bersama ke tempat kerja.

“Sebaik meletakkan kereta, dia terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.

“Wanita itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada jam 1 tengah hari, dia kemudian bergegas mendapatkannya, namun anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.

“Wanita itu membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Zainudin berkata, hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia disebabkan strok haba atau kepanasan melampau.

Jenazah akan dikebumikan di Telok Kemang selepas solat Maghrib, malam ini.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close