Berita UtamaDunia

Ahli Fizik Stephen Hawking meninggal dunia

LONDON, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Ahli fizik terkemuka Britain, Stephen Hawking, telah meninggal dunia pada usia 76 tahun, kata seorang jurucakap keluarganya pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

Profesor itu meninggal dunia dengan tenang ketika tidur di kediamannya di Cambridge, London, kata jurucakap tersebut.

Hawking, tokoh legenda dalam sejarah moden fizik, telah menghasilkan beberapa karya yang laris berkaitan sains termasuk “A Brief History of Time,” meskipun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda selepas diserang penyakit neuron motor pada 1963.

Beliau turut membuat penampilan khas dalam beberapa buah filem dan siri televisyen yang memaparkan topik berkaitan alam semesta yang disiarkan oleh Perkhidmatan Penyiaran Awam Amerika Syarikat (PBS) serta National Geographic Channel. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close