Berita UtamaUtama

‘RTM mohon maaf kepada Azalina Othman’

Kesilapan RTM eja nama pada siaran langsung Parlimen pagi tadi

BANGI, 25 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat permohonan maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berikutan berlaku kesilapan pada nama beliau.

Menerusi satu kenyataan ringkas sebentar tadi, RTM mengakui kesilapan ejaan yang berlaku ke atas nama Azalina Othman sewaktu siaran langsung dari Dewan Rakyat, pagi tadi.


Kesilapan berkenaan berlaku apabila RTM menyiarkan nama Azalina sebagai ‘bin’ ketika siaran langsung itu, sehingga ia dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook.

“RTM mohon maaf atas kesilapan ejaan nama YB Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa siarang langsung dari Parlimen pagi tadi,” kata kenyataan itu.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close