Berita Utama

Polis pantau 3,871 pemilik akaun Facebook sebar fahaman militan

Media sosial diguna untuk rekrut anggota baharu pengganas dipintas

KUALA LUMPUR, 25 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau aktiviti akaun Facebook yang dipercayai menyebarkan fahaman militan pengganas bagi tujuan merekrut anggota baharu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sebahagian daripada 3,871 pemilik akaun Facebook yang dikenalpasti terbabit dengan aktiviti berkenaan dipantau menerusi Pusat Digital Serantau Memintas Komunikasi (CMC).

“Ini kejayaan luar biasa PDRM kerana sebelum ini akaun (Facebook) berkenaan berleluasa di media sosial, tetapi kini ia sudah boleh dipantau.


“Pegawai yang dipertanggungjawabkan menangani isu ini akan membuat pemantauan dalam negara dan antarabangsa,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat di Dewan Rakyat hari ini, berhubung pemantauan dan usaha kerajaan mengekang penyebaran fahaman keganasan di negara ini.

Mohamad Fuzi berkata, hasil pemantauan terhadap aktiviti berkenaan dilihat amat positif, selain mengenakan tindakan sewajarnya terhadap ideologi tidak menepati keperluan keselamatan negara.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close