Berita Utama

Polis Kelantan nafi kes culik murid

Dakwaan penculikan hanya salah faham antara guru besar, pihak AADK

BANGI, 25 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Kes penculikan melibatkan seorang kanak-kanak tahun satu dari sebuah sekolah di Melor, Kelantan adalah tidak benar.

Perkara itu dinafikan polis negeri hari ini, dan menjelaskan bahawa ia hanyalah salah faham yang berlaku antara beberapa pihak tertentu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitendan Ibrahim Sharif berkata, ia hanyalah tersalah komunikasi melibatkan guru besar sekolah dan pihak berkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Tiada penculikan berlaku, ini salah faham antara mereka. Saya berharap orang ramai tidak panik dan merujuk kepada pihak yang betul untuk mendapatkan maklumat,” katanya seperti dilapor Sinar Online, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita itu dan berhati-hati dengan penyebaran maklumat di media sosial.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close