Berita Utama

PH punya rancangan berdepan ‘taktik kotor’ Najib

Tun Dr Mahathir senarai empat taktik Najib untuk menang PRU14

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, 25 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pakatan Harapan sudah mempunyai rancangan untuk berdepan dan menidakkan segala ‘tindakan kotor’ yang didakwa akan dilakukan Datuk Seri Najib Razak untuk terus berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gabungan pembangkang itu akan teruskan semua persiapan bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi, biarpun masih belum mendapat kelulusan secara rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa ROS tidak akan meluluskan pendaftaran gabungan itu, meskipun telah menyelesaikan semua kehendak dan tuntutan jabatan itu.

“ROS tidak akan luluskan Pakatan Harapan walau apa pun dilakukan oleh kita, kerana jika ia tidak dapat diluluskan maka Najib akan menang pada PRU14 nanti.

“Jadi, ini adalah cara-cara untuk Najib nak menang. Isu kelulusan daripada ROS ini menjadi tajuk utama perbincangan mesyuarat kita,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.


Turut hadir Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu turut menyenaraikan empat tindakan yang cuba dilakukan Najib untuk terus memenangi PRU14 nanti.

“Pertamanya, senarai pengundi telah diubah, dipinda supaya tidak lagi mencerminkan senarai asal pengundi-pengundi; kedua, Najib ubah sempadan kawasan untuk menentukan dia akan menang;

“Ketiga, menangkap atau menyebabkan calon-calon tertentu tidak dapat bertanding pada PRU14 seperti Rafizi Ramli dan keempat dengan cara tidak mendaftarkan Pakatan Harapan dan mungkin membatalkan kelulusan PPBM,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close