Berita UtamaUtama

Bekalan air di Lembah Klang pulih 91.7 peratus

KUALA LUMPUR, 23 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Bekalan air bagi pengguna di sekitar Lembah Klang kembali pulih setakat 7 pagi tadi dan mencapai tahap 91.7 peratus.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, bekalan di wilayah-wilayah Hulu Selangor dan Kuala Langat telah pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun di Klang hanya 97.3 peratus, Kuala Lumpur 96.8 peratus, Gombak 91.9 peratus serta Petaling 74.5 peratus.

Beliau berkata, pihaknya kini giat meningkatkan tekanan dan penyelarasan di sistem agihan untuk pemulihan bekalan sepenuhnya di semua kawasan terlibat.

Gangguan bekalan air sejak 6 Mac itu dilapor menyulitkan lebih dua juta pengguna di 427 kawasan terbabit.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close