Berita UtamaDunia

Sri Lanka: Polis, tentera tingkat kawalan keselamatan di masjid

Kebanyakan perniagaan milik orang Islam terpaksa ditutup hari ini

KANDY, 21 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Pasukan tentera dan polis Sri Lanka meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar masjid di negara itu, bagi mengelakkan sebarang serangan rusuhan anti-Islam ketika solat Jumaat.

Difahamkan, kebanyakan perniagaan milik orang Islam di Sri Lanka terpaksa ditutup hari ini, sebagai protes terhadap serangan perusuh Buddha Sinhala, khususnya di bandar Kandy.

Rusuhan antara umat Islam dan ekstremis Buddha itu tercetus pada Isnin lalu, selepas seorang lelaki Sinhala maut di tangan sekumpulan penduduk Islam, minggu lepas.

Insiden berkenaan menyebabkan lebih daripada 200 kedai, kediaman dan kenderaan orang Islam dibakar sepanjang rusuhan itu.

Ketua Tentera Sri Lanka, Mahesh Senanayake dalam lawatannya ke Kandy semalam berkata, pihaknya telah menambah bilangan anggota keselamatan untuk mengawal keadaan masjid seluruh negara.

“Wujud kebimbangan di kalangan umat Islam terhadap serangan Buddha ke atas mereka pada hari Jumaat…. Kita akan pastikan keselamatan mereka,” katanya.

Konflik antara etnik di negara itu menyebabkan kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan darurat selama 10 hari, termasuk menyekat semua akses media sosial dan internet, yang menjadi platform penyebaran sentimen kebencian agama.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close