Berita Utama

Semakan arah kiblat boleh dibuat petang esok: Mufti Selangor

Istiwa A'dzam akan berlaku pada 5.18 petang esok

SHAH ALAM, 26 Syawal 1443H, Jumaat – Semakan ketetapan arah kiblat khususnya di kediaman masing-masing boleh dibuat esok, bermula pukul 5.10 petang hingga 5.35 petang susulan peristiwa Istiwa A’dzam.

Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir berkata Istiwa A’dzam yang akan berlaku pada 5.18 petang esok merupakan satu peristiwa yang kedudukan matahari akan berada tepat di atas Kaabah, dan masyarakat di Selangor berpeluang membuat semakan arah kiblat yang tepat dengan menggunakan bayang daripada objek yang tegak.

“Semakan boleh dibuat dengan menggunakan sebarang objek lurus dan tegak yang berada di sekitar. Tempoh masa semakan bayang bermula pukul 5.10 petang hingga 5.35 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button