Berita UtamaUtama

Buku IRIS Institute dedah Yahudi bantu kebangkitan China

'Penchinaan Malaysia: Tergadaikah Tanah Kedaulatan Bangsa' senaraikan projek besar kerajaan komunis China di Malaysia bernilai RM670 bilion

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, 19 Jamadilakhir 1439H, Rabu – “Kita tidak dapat menafikan kebangkitan China pada abad ini dibantu oleh Yahudi, terutama dalam bukti yang dibawa dari sudut ekonomi.

“Kertas Polisi yang ditulis oleh Dr Shalom Wald mengenai peranan yang akan China mainkan dalam menentukan nasib Yahudi pada abad ini, sangat signifikan dalam kita memerhatikan pola pergerakan dunia, serta perubahan pusat kuasa dunia dari barat ke timur.”

Demikian petikan daripada bab pertama buku Penchinaan Malaysia: Tergadaikah Tanah Kedaulatan Bangsa terbitan IRIS Institute yang dilancarkan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata, apa yang ditulis berkenaan peranan Yahudi dalam kebangkitan China adalah berdasarkan kajian ilmiah yang telah ditulis terlebih dahulu oleh pengkaji lain.

“Saya pasti ramai akan tertarik dengan isi kandungan dalam bab pertama, dan reaksi awal pembaca mesti menyatakan ini adalah teori konspirasi yang biasa dipermainkan.

“Ia adalah satu lontaran untuk kita bincangkan bersama dan saya di sini membuat satu percubaan awal melalui buku kami ini sebenarnya paten kebangkitan mana-mana bangsa di dunia, di sebaliknya ada hartawan-hartawan Yahudi yang menentukan agenda.

“Kalaulah mereka ini bukan pembuat polisi sekalipun, agenda tersebut ditetapkan oleh hartawan-hartawan Yahudi yang kami senaraikan dalam buku tersebut yang kami petik semula daripada kajian-kajian yang telah dilakukan oleh orang lain,” katanya kepada media.

Katanya, jika sebelum ini rakyat Malaysia takut dengan Amerika yang datang membawa agenda Yahudi, sebenarnya kepentingan Yahudi juga ada pada negara China.

Buku setebal 344 muka surat itu kini boleh didapati di pasaran dengan harga RM45.

Ia mengumpulkan senarai projek besar yang dijalankan oleh kerajaan komunis China melalui inisiatif One Belt One Road (OBOR) di seluruh Malaysia yang bernilai lebih RM670 bilion.

Empat bab lain dalam buku ini mengupas persoalan adakah OBOR strategi China untuk menguasai ekonomi, sumber alam dan dunia; adakah diaspora Cina digunakan sebagai alat penjajahan; dan pengaruh OBOR terhadap strategi ketenteraan China.

BERITA BERKAITAN:

RM670 bilion pelaburan pasti China tak tunduk dasar memihak kepada Islam, Melayu

VIDEO | Majlis Pelancaran Buku ‘Penchinaan Malaysia: Tergadaikah Tanah Kedaulatan Negara?’

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close