Berita Utama

Syabas aktifkan 9 PKS bantu pengguna terjejas gangguan air

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) akan mengaktifkan sembilan lokasi Pusat Khidmat Setempat (PKS) berikutan gangguanbekalan air berjadual yang dijangka berlaku di sekitar Lembah Klang, bermula esok.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syabas, Abdul Raof Ahmad berkata, PKS tersebut akan mula diaktifkan mulai esok seawal 8 pagi.

“Pihak kami telah bersiap-sedia dengan aset-aset dan bantuan sebanyak 79 lori tangki air dan 10 lori tangki air Jumbo bagi memberikan bantuan kepada pelanggan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, PKS yang akan beroperasi 24 jam itu juga akan dilengkapi dengan kaunter maklumat untuk membantu pengguna terjejas sepanjang gangguan berkenaan.

Terdahulu, SYABAS dalam satu lagi kenyataan berkata, sebanyak 427 kawasan di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal selama 10 jam di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), bermula esok.

Antara kawasan yang terlibat adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Untuk senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air, orang ramai boleh melayari laman web www.syabas.com.my.

Berikut adalah jangkaan waktu gangguan bekalan air mengikut wilayah:

Petaling: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (07/03/2018)

Klang/Shah Alam: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 pagi (09/03/2018)

Gombak: 8 pagi (06/03/2018) hingga 12 tengah malam (08/03/2018)

Kuala Lumpur: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (08/03/2018)

Kuala Langat: 8 pagi (06/03/2018) hingga 3 petang (07/03/2018)

Hulu Selangor: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (07/03/2018)

Sembilan lokasi PKS yang diaktifkan sepanjang gangguan bekalan air:

1. Dewan MBSA Seksyen 27, Jalan Sungai Gapis 27/71, Seksyen 27 Shah Alam

2. Perkarangan Masjid Sultan Abd Aziz, Persiaran Masjid Sultan, Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah

3. Surau Al-Hidayah, Jalan Nagasari 36/9, Desa Latania Seksyen 36, Shah Alam

4.USJ 4/5, USJ 4, Subang Jaya

5. Jalan 23, Taman Bukit Kuchai, Jalan Puchong

6.Jalan SS 19/2, Subang Jaya

7. KFC AEON Big Ampang

8. Jalan 23/56, AU3 Keramat

9. Berhampiran Rapid KL (LRT Taman Dagang), Jalan Dagang 1, Taman Dagang.- Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close