Berita UtamaDuniaUtama

Militan Buddha serang masjid, bakar rumah penduduk Islam

Sri Lanka isytihar perintah berkurung berikutan keganasan meningkat

COLOMBO, 18 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pihak berkuasa Sri Lanka mengenakan perintah berkurung di bandar yang popular dengan pelancong, sehari selepas pergaduhan membabitkan penganut Buddha dan umat Islam.

Polis berkata, rusuhan dan serangan menyebabkan beberapa kebakaran berlaku di daerah Kandy, semalam.

Al Jazeera bagaimanapun, melaporkan keganasan kini merebak di seluruh Sri Lanka. Dalam ketegangan itu beberapa rumah penduduk Islam serta masjid diserang militan Buddha dan membakarnya.

Pegawai polis, Ruwan Gunasekera berkata, perintah berkurung dilaksanakan bagi mengawal keadaan di kawasan itu.

“Lebih 12 suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam serangan bom petrol,” katanya.

Rumah umat Islam dibakar dalam keganasan terbaharu di Sri Lanka, semalam.

Pengarah Eksekutif Pusat Hak Asasi Manusia Sri Lanka, Rajith Keerthi Tennakoon, mengutuk ketidakcekapan pihak polis menjalankan tugas hingga berlaku banyak keganasan.

Keganasan semakin teruk dan merebak dengan cepat di beberapa wilayah di negara itu, selepas seorang penganut Buddha dari majoriti etnik Sinhalese terbunuh dalam rusuhan berkenaan.

Setiausaha Good Governance Party, Najah Mohamed berkata, keganasan tersebar di seluruh negara, bukan hanya di Kandy.

“Kami menghadapi situasi yang sama yang dengan kerajaan terdahulu di mana ketegangan, kebencian, dan keganasan terhadap umat Islam berleluasa.

“Keganasan agama dan etnik mengakibatkan ramai umat Islam terbunuh. Umat Islam hanya 10 peratus daripada populasi, selebihnya adalah etnik Sinhalese beragama Buddha,” katanya. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close