Berita UtamaUtama

Gerakan anti-Islam Hindraf sertai Pakatan Harapan

Hindraf jadi rakan strategik, PH beri layanan istimewa kepada kaum India

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penyertaan gerakan anti-Islam, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) sebagai rakan strategik gabungan pembangkang itu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, tindakan berkenaan dibuat bagi mengiktiraf Hindraf sebagai pertubuhan yang aktif mewakili kaum India.

Malah, katanya, Hindraf juga perlu diberi layanan istimewa.

“Rakan strategik yang telah kita tentukan ialah Hindraf dan ada kemungkinan kita umumkan rakan strategik yang lain seperti NewGen,” katanya seperti dilapor portal liberal.

Hindraf adalah antara NGO India yang paling lantang dan keras menentang kehadiran pendakwah antarabangsa terkenal, Dr Zakir Naik ke Malaysia.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy pernah mempertikai keperluan menjemput Dr Zakir Naik menyampaikan khutbah di Malaysia.

Sebelum ini, Hindraf bersama 18 individu lain juga memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana menurut mereka kerajaan melindungi Zakir Naik dan memohon agar status penduduk tetap (PR) yang dikurniakan kepada Zakir Naik dibatalkan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close