Berita UtamaUtama

Lima subjek UTM tersenarai 100 terbaik di dunia

JOHOR BAHRU, 13 Mac 1439H, Khamis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara universiti terbaik di Malaysia selepas lima daripada subjeknya tersenarai antara 100 Teratas di dunia, menurut Quacquarelly Symonds (QS) World University Rankings by Subject 2018.

Pro Naib Canselornya (Antarabangsa) Profesor Dr Nordin Yahaya berkata, mata pelajaran itu ialah Seni Bina/Alam Bina; Kejuruteraan Kimia; Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautik dan Kejuruteraan Pembuatan; Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Kejuruteraan Sivil dan Struktur

Beliau berkata, Kejuruteraan dan Teknologi dinilai sebagai bidang paling perkasa (subjek luas) selepas melonjak 37 tangga ke ke tempat 53 dalam ranking 2018.

Subjek yang lain juga menunjukkan peningkatan luar biasa apabila Seni dan Kemanusiaan melonjak ke tangga 272 tahun ini berbanding 296 tahun lepas, Sains Semula Jadi dari tangga ke-378 pada 2017 ke tangga ke-311 tahun ini dan Sains Sosial dan Pengurusan meningkat daripada tangga ke-204 tahun lalu ke tempat 122 pada 2018.

“Tahun ini, lebih 4,500 institusi telah dinilai dalam 48 subjek dan lima Bidang Subjek Luas, menjadikan Ranking Subjek QS 2018 sebagai yang paling komprehensif.

“Oleh itu, prestasi signifikan ini sebahagian besar disebabkan oleh komitmen yang kuat oleh ahli fakulti UTM untuk memberi sokongan terbaik dalam memudahkan pengalaman pembelajaran pelajar sambil memanfaatkan bakat yang berpotensi di kalangan pelajar untuk berusaha ke arah mencapai kecemerlangan,” menurut beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nordin berkata, UTM bakal melibatkan diri dalam kerjasama penyelidikan lebih berkesan yang akhirnya dapat menghasilkan peningkatan prestasi melalui penerbitan bersama dan peningkatan nukilan.

Pada masa yang sama, UTM akan meneruskan usaha dalam meningkatkan kerjasama penyelidikan dengan rakan-rakan di seluruh dunia terutama dalam bidang kepentingan bersama.

Ini akan membantu penyelidik UTM melonjak ke hadapan dan kekal relevan dan dapat dilihat di kalangan rakan sebaya di peringkat global, katanya. – Bernama

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close