Berita UtamaUtama

Kenapa fakta Sutan Puasa buka KL belum masuk buku Sejarah?

Naib Presiden Isma ulangi gesaan ubah fakta sebenar dalam buku teks

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Abdul Rahman Mat Dali mengulangi gesaannya supaya fakta tepat Raja Puasa adalah tokoh yang membuka Kuala Lumpur, dimasukkan ke dalam buku teks sejarah.

Beliau juga mahu naratif sejarah yang selama ini menyebut bahawa Yap Ah Loy sebagai pembuka ibu negara ini dikeluarkan, sebaliknya menjelaskan bahawa dia hanyalah kapitan Cina ketiga di Kuala Lumpur.

“Pendedahan yang dibuat Tokoh Sejarawan Negara, Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim sebelum ini telah menjelaskan bahawa Kuala Lumpur dibuka oleh Sutan Puasa dan bukan Yap Ah Loy.

“Ini perlu diperbetulkan segera dalam buku teks Sejarah. Malangnya, ia masih belum dilakukan, dan saya menggesa sekali lagi supaya pihak yang bertanggungjawab segera berbuat demikian,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Tahun lalu, pakar sejarah Profesor Khoo Kay Kim memberitahu bahawa Sultan Puasa adalah orang yang paling layak dianggap sebagai tokoh yang membuka Kuala Lumpur, bukan Yap Ah Loy mahupun Raja Abdullah, sebagaimana disebut dalam buku Sejarah.

Malah, Kay Kim dalam laporan terbaharu di Utusan Malaysia, Ahad lalu, turut mengesahkan bahawa Sutan Puasa sebagai tokoh yang membuka ibu negara di suatu tempat bernama Kuala Sungai Lumpur iaitu di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Kay Kim berkata, lokasi awal dibuka Sutan Puasa ialah di sekitar Masjid Jamek berdekatan Bangunan Sultan Abdul Samad diikuti kawasan Kelab Diraja Selangor (kini Dataran Merdeka).

Dalam catatan sejarah, Raja Puasa atau Sutan Puasa adalah seorang pelombong yang datang ke Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman turut meluahkan rasa terkilan apabila fakta berkenaan hanya diakui oleh Kay Kim hari ini, dan bukan sejak dahulu lagi.

“Setelah berdekad fakta salah dimasukkan ke dalam buku teks Sejarah kita. Adakah beliau sengaja atau beliau juga baru tahu berkenaan perkara ini.

“Jika beliau baru tahu fakta ini, beliau tidak layak menjadi sejarawan. Saya lebih percaya dia sengaja pendam fakta ini. Isma sudah lama tahu mengenai fakta sebenar ini,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close