Berita UtamaUtama

Hormat keputusan Mahkamah Persekutuan kes murtad: UMMAH

Gabungan NGO Islam gesa undang-undang Islam negeri diperkemas

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Semua pihak mesti akur dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes permohonan murtad empat individu di negeri itu, hari ini.

Menyambut baik keputusan itu, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengingatkan semua pihak supaya tidak cuba mencetuskan suasana huru-hara dan ketegangan kaum susulan keputusan berkenaan.

Ketua Sekretariat UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya berkata, keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan selari dengan perkara yang terkandung dalam Fasa 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Kita bersetuju bahawa kes ini amat berbeza dengan kes Indira Ghandi yang melibatkan penjagaan anak, bukan isu murtad.

“Keputusan mahkamah menguatkan lagi bahawa Mahkamah Syariah bukan di bawah mahkamah mivil,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan empat individu yang mahu menukar agama daripada Islam kepada Kristian, dan memutuskan kes mereka hendaklah dibawa ke Mahkamah Syariah.

Panel lima hakim memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes murtad, sebaliknya hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, UMMAH sedar bahawa undang-undang pentadbiran negeri-negeri juga perlu diperkemaskan bagi melindungi agama Islam.

“Kita berharap NGO-NGO Islam dan umat Islam keseluruhannya dapat terus bersatu dan pertahankan kedaulatan Islam. Kita juga ingin menegaskan kepada ahli politik atau parti politik supaya tidak menjadikan isu ini sebagai bahan politik,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close