DuniaPalestinUtama

Rejim Zionis lulus penempatan haram baharu di Baitulmaqdis

'Greater Jerusalem' bakal tempatkan 300,000 unit rumah haram Israel

BAITULMAQDIS, 8 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Pihak berkuasa perbandaran rejim pengganas Israel meluluskan pembinaan 3,000 unit rumah baharu di Baitulmaqdis Timur, Rabu lalu.

Media Israel melaporkan, rumah baharu itu akan dibina di kawasan antara penempatan Gilo dan laluan terowong yang menyambung Baitulmaqdis dengan blok penempatan haram Gush Etzion, dan Hebron di selatan.

Rejim pengganas Israel sebelum ini meluluskan pembinaan 300,000 unit rumah, terutama di Baitulmaqdis Timur, bagi mewujudkan sebuah penempatan yang dipanggil ‘Greater Jerusalem’.

Projek pembinaan itu merangkumi jalan, pusat komersial dan beberapa kemudahan lain.

Pada 6 Disember lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pengumuman itu mencetuskan kemarahan negara Arab dan Islam, selain mendapat tentangan rakyat Palestin yang berharap Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negara mereka. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close