Berita UtamaDunia

Lebih 400 terbunuh angkara rejim Bashar

PBB desak gencatan senjata disusuli akses kemanusiaan di Timur Ghouta

BEIRUT, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Bedilan dan serangan berterusan yang dilancarkan rejim Bashar al-Assad dan sekutunya Russia menyebabkan lebih 400 penduduk di Timur Ghouta terbunuh sepanjang tempoh lima hari lalu.

Menurut Pemantau bagi Hak Asasi Manusia Syria, sekurang-kurangnya 403 orang terbunuh termasuk 150 kanak-kanak, dalam ‘serangan histeria’ sejak Ahad lalu.

Serangan itu juga menyebabkan 2,120 yang lain cedera.

Duta Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Staffan de Mistura dalam mesyuarat Majlis Keselamatan semalam, menegaskan konflik di wilayah itu mendesak kepada gencatan senjata.

“Krisis kemanusiaan di Timur Ghouta amat mengerikan dan kita memerlukan gencatan senjata bagi menghentikan pengeboman dasyat di Timur Ghouta dan seranga mortar di Damsyik,” katanya.

Mistura berkata, gencatan senjata itu perlu disusuli dengan akses kemanusiaan dan pemindahan keluar mangsa cedera dari Timur Ghouta.

Beliau berkata, kegagalan sebarang tindakan dilakukan akan menyebabkan krisis yang berlaku di Aleppo sebelum ini, bakal berulang ke atas Timur Ghouta.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close