Berita UtamaUtama

AADK minta artis terlibat dadah serah diri

Datang secara sukarela jika tidak mahu malu

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) meminta penggiat seni yang terlibat dadah menyerah diri supaya mendapat bantuan rawatan yang sebetulnya.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Datuk Dr Abd Halim Hussin, berkata, ia adalah satu usaha sama dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi memulihkan artis yang terlibat dadah.

“Seperti mana hasrat Seniman, ujian saringan terhadap penggiat seni dilaksanakan tanpa mengaibkan sesiapa.

“Namun, sekiranya operasi mengejut dibuat dan artis terlibat berada di lokasi mereka tetap dikenakan tindakan.

“Jadi kita mahu sesiapa sahaja yang terlibat, datang secara sukarela dan kita akan bantu untuk dapatkan rawatan,” katanya ketika Program ‘Flash Mob Bunyikan Hon’ Sempena Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan ke-35, di sini.

Pada masa sama, Dr Abd Halim, bagaimanapun tidak menyatakan sama ada berlaku situasi membimbangkan berhubung penyalahgunaan dadah dalam kalangan penggiat seni.

“Ia banyak bergantung kepada Seniman kerana mereka ada menjalankan kajian,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close