Berita UtamaUtama

ROS sedia berdepan Pakatan Harapan di mahkamah

430 aduan terhadap PPBM belum diteliti: Ketua Pengarah ROS

KUALA LUMPUR, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Tindakan Pakatan Harapan (PH) memfailkan semakan kehakiman terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) bakal melambatkan proses pendaftaran gabungan pembangkang itu.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, pihaknya sedia berdepan PH di mahkamah kerana agensi terbabit diperuntukkan kuasa menerusi Akta Pertubuhan 1966 untuk meneliti sebarang aduan.

“Kita juga mempunyai hak untuk mempertahankan tindakan menggunakan akta ini bagi menyiasat semua permohonan, khususnya membabitkan kes PPBM yang merupakan komponen dalam PH,” lapor BH Online.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan meneliti semua aduan dan percanggahan dalam parti komponen gabungan itu sebelum memproses permohonan pendaftaran PH.

Pada masa sama, Surayati berkata, pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepatutnya mudah dalam memastikan sayap pemudanya atau Armada terkandung dalam perlembagaan parti.

“Namun semakan lanjut mendapati wujud aduan daripada peringkat akar umbi dan bekas ahli parti bahawa mesyuarat agung tahunan tidak dianjurkan pada semua peringkat.

“Setakat ini, ada 430 aduan atas meja saya yang belum diteliti,” katanya lagi.

Semalam, Jawatankuasa Penaja PH memfailkan saman ke atas ROS, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur susulan jabatan itu didakwa gagal memberi maklum balas ke atas permohonan gabungan itu untuk berdaftar sebagai pertubuhan yang sah.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close