Berita Utama

Siling sekolah di Dungun runtuh

Tiada murid, guru dilaporkan cedera dalam kejadian petang semalam

BANGI, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Siling bangunan sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerangau Dungun, runtuh, petang semalam.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan terhadap murid dan guru di sekolah terbabit.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata, siling runtuh itu menyebabkan kerosakan pada struktur binaan dan bumbung bangunan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tingkat satu bangunan itu dikosongkan untuk pemeriksaan dan telah mengeluarkan arahan supaya dijadikan kawasan larangan.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pasukan teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke sekolah untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.

“Penilaian tentang kos kerosakan dan tahap keselamatan bangunan keseluruhan juga sedang dibuat”, katanya.

Shafruddin berkata, JPNT juga sudah mengeluarkan arahan kepada semua sekolah yang dibina oleh kontraktor supaya diperiksa.

“Kejadian sebegitu tidak boleh dipandang remeh dan pemeriksaan harus dibuat terhadap bangunan sekolah lain bagi mengelak kejadian berulang,” katanya.

 
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close