Berita Utama

Semak kesahihan sebelum sebar berita palsu di media sosial

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Pejabat Perdana Menteri hari ini menggesa orang ramai untuk menyemak dahulu kesahihan segala berita yang diterima terutamanya melalui media sosial sebelum menyebarkannya.

Penyebaran berita palsu adalah gejala tidak sihat yang mampu membawa mudarat bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada negara, kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

“Kerajaan sedang menggubal undang-undang bagi menangani gejala ini di mana kesalahan menyebarkan berita palsu akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyatakan Pejabat Perdana Menteri sedia maklum mengenai berita palsu melibatkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tular dan disebarkan secara meluas di media sosial.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close