Berita UtamaUtama

Harga petrol, diesel turun lagi minggu ini

Harga runcit bahan api turun 6 sen hingga 7 sen mulai tengah malam

BANGI, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Harga runcit minyak petrol dan diesel masing-masing turun antara 6 hingga 7 sen, berkuat kuasa tengah malam ini.

Berdasarkan harga baharu bagi minggu ketiga bulan ini, RON95 turun 6 sen menjadi RM2.17 seliter, manakala RON97 pula turun 7 sen menjadikan ia RM2.43 seliter berbanding RM2.50 seliter minggu lalu.

Sementara diesel juga mencatatkan penurunan 6 sen menjadi RM2.13 seliter berbanding RM2.19 sebelumnya.

Kesemua harga baharu itu berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 28 Februari depan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close