Berita UtamaUtama

17,000 calon SPM gagal Sejarah berita palsu

BANGI, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan laporan mengatakan 17,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 gagal mata pelajaran Sejarah.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, berita yang tular di laman media sosial itu adalah tidak benar.

Setakat hari ini, Lembaga Peperiksaan belum mengumumkan sebarang keputusan berkaitan SPM 2017.

“Oleh demikian, kementerian menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan,” katanya.

Pengumuman keputusan SPM 2017 akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close