Berita Utama

Tragedi memancing: Mayat pertama lemas ditemui

SUNGAI BULOH, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa — Mayat lelaki dipercayai seorang daripada lima pemancing dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di sebatang sungai dekat Kem Tentera Sungai Buloh, ditemui pada jam 9.49 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt S. Somu berkata, mayat itu ditemukan di Sungai Gasi, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hanyut kepala air pada kira-kira jam 5 petang semalam.

Beliau berkata, mayat ​ berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses pengecaman mayat.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.42 petang.

Setakat 10 malam tadi, lima dikhuatiri hilang dan lemas manakala tiga lagi terselamat.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa giat dijalankan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close