Berita UtamaDunia

Singapura naik GST kepada 9 peratus

SINGAPURA, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Singapura naik kepada 9 peratus, berbanding 7 peratus sebelum ini.

Kenaikan terbaharu itu akan berkuatkuasa antara tahun 2021 sehingga 2025 secara berperingkat.

Perkara itu disahkan Menteri Kewangan, Heng Swee Keat dalam ucapan belanjawan 2018, semalam.

Katanya, kerajaan akan melaksanakan pakej penampan bagi membantu rakyat negara menyesuaikan diri terhadap kenaikan GST.

“Namun, pelaksanaan kenaikan GST baharu ini bergantung kepada keadaan ekonomi, perbelanjaan negara dan keapungan cukai sedia ada. Saya fikir ia perlu dilaksanakan lebih awal daripada tempoh dicadangkan,” katanya.

Kali terakhir Singapura meningkatkan kadar GST pada 2007 dengan kenaikan daripada lima kepada tujuh peratus. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close