Berita UtamaUtama

BN anggap PAS ancaman terbesar PRU14 bukan PH

Nazri kata pengundi Cina mungkin pilih PKR

KUALA LUMPUR, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Barisan Nasional (BN) menganggap ancaman utamanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah PAS dan bukan pakatan harapan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, walaupun PAS menyokong beberapa dasar serta polisi yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan, hakikatnya parti itu tetap menjadi musuh utama BN setiap kali PRU.

“Kita mesti bekerja keras dan jangan fikir PAS bukan ancaman hanya kerana ia akan sendirian tanpa sokongan parti lain dalam PH.

“PAS mempunyai penyokong setia, yang melangkau banyak generasi,” katanya seperti dilapor NST.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun pertembungan tiga penjuru antara PH dan PAS memihak kepada BN, parti pemerintah tidak harus mengambil ringan.

“Pengundi Cina mungkin menyokong PKR kerana parti itu bukan hanya mewakili orang Melayu.

“Jadi ada masalah di sini, kerana orang Cina akan mengundi PKR, manakala UMNO dan PAS akan bersaing untuk mendapatkan undi Melayu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close