Berita UtamaUtama

Tujuh dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Buloh

Dua wanita ikut suami masing-masing dan dua anak beranak dihanyutkan arus kuat sungai dekat kem tentera petang tadi

SUNGAI BULOH, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Tujuh, termasuk dua wanita dan dua beranak dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan arus kuat ketika memancing berhampiran Kem Tentera Sungai Buloh di sini, kira-kira jam 5 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, maklumat awal mengatakan terdapat sembilan pemancing dihanyutkan arus deras, tetapi ada yang berjaya menyelamatkan diri.

“Operasi mencari dan menyelamat tujuh mangsa yang hilang itu masih dijalankan,” katanya sambil memberitahu pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 5.42 petang.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S Somu pula berkata, dua daripada tiga mangsa yang selamat membuat aduan polis mengatakan mereka ke kawasan itu bersama isteri masing-masing, sebelum dihanyutkan arus deras akibat air pasang.

Seorang lelaki turut memaklumkan dua rakannya yang juga anak beranak hilang dihanyutkan arus deras, katanya.

“Pihak polis turut dimaklumkan ada pemancing warga asing di lokasi kejadian dan dikhuatiri turut dihanyutkan arus,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close