Berita Utama

Trafik sesak: Dua kereta terbalik di Terowong Menora

IPOH, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Trafik sesak dalam Terowong Menora berikutan kemalangan melibatkan dua buah kereta di Kilometer 261.4, dari Ipoh menuju Kuala Kangsar, hari ini.

Kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga dan sebuah Proton Saga Aeroback itu menyebabkan aliran trafik dari arah utara dilaporkan sesak.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.31 pagi tadi.

“Ketika anggota bomba tiba, mangsa tiada di lokasi kemalangan dan anggota bomba membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan bahawa semua laluan telah dibuka dan insiden itu selesai sepenuhnya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close