Berita Utama

Buku teks digital masih tempoh percubaan

SEREMBAN, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Buku teks digital, yang sedang dibangunkan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), masih dalam tempoh percubaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Chong Sin Woon berkata, pihak KPM sedang mengkaji kesesuaian perisian yang akan digunakan buku teks digital itu, bagi membolehkan ia menggantikan buku teks bercetak yang sedang digunakan pelajar buat masa ini.

“Selain dapat menyelesaikan isu beg berat, penggunaan buku teks digital akan menjadikan pelajar lebih berinteraktif.

“Bagaimanapun kita sedang menunggu impaknya dan kita akan lihat sama ada ia berbaloi atau sesuai untuk dilaksanakan sepenuhnya kerana ia melibatkan kos yang tinggi, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Persatuan Gabungan Keturunan Cina Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close