Berita UtamaUtama

Trafik perlahan di semua lebuh raya petang ini

KUALA LUMPUR, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat 4 petang ini berikutan pertambahan kenderaan yang menuju ke destinasi masing-masing.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, di kawasan utara, trafik bergerak perlahan dari Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, Hentian Tikam Batu ke Bertam, Permatang Pauh ke Seberang Jaya dan Juru ke Jawi.

“Trafik turut perlahan di Changkat Jering menuju ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke Jelapang, Ipoh ke Gopeng sehingga Sungkai dan Bukit Beruntung menuju Rawang,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Di kawasan selatan pula, trafik perlahan dari Hentian Pedas Linggi ke Port Dickson, Pagoh ke Simpang Ampat dan Sedenak menuju ke Kulai.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik perlahan dari Karak menuju ke Bentong sehingga ke Bukit Tinggi manakala laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close